Kebersihan tanggungjawab bersama

Kebersihan tanggungjawab bersama

Oleh Shahroni Mohd Noh

 

BELAIT, 18 Mac – Dalam usaha untuk memelihara kawasan Balai Ibadat Kampung Sukang, Ulu Belait, penduduk kampung berkenaan baru-baru ini telah mengadakan kempen gotong-royong membersihkan kawasan tersebut, di sini.

Turut serta dalam kempen tersebut ialah Pemangku Penghulu Mukim Sukang, Haji Mohamad Noh bin Datu Maharaja Setia Dian, Majlis Perundingan Mukim Sukang, Takmir Balai Ibadat Kampung Sukang, PIBG Sekolah Rendah DMS Dian Sukang dan saudara-saudara baru Kampung Sukang.

Kempen gotong-royong itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk Kampung Sukang sama ada yang beragama Islam dan belum Islam dan mendekatkan lagi saudara-saudara baru dengan Balai Ibadat Kampung Sukang.

Para penduduk kampung yang turut serta dalam kempen tersebut berehat seketika sebelum meneruskan kempen gotong-royong mereka.
Para penduduk kampung yang turut serta dalam kempen tersebut berehat seketika sebelum meneruskan kempen gotong-royong mereka.

Di samping itu, ia juga bagi mengerahkan supaya saudara-saudara baru untuk terus aktif dalam apa jua aktiviti yang berunsurkan keislaman serta berdakwah secara tidak langsung dan sama-sama berkumpul dengan yang belum memeluk agama Islam.

Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Guru Besar Sekolah Ugama DMS Dian Sukang, Awang Muhd Kamal bin Haji Salleh.

ARTIKEL YANG SAMA