Kebimbangan terhadap aktiviti tentera Rusia di Syria meningkat

Kebimbangan terhadap aktiviti tentera Rusia di Syria meningkat

BRUSSEL, 8 Okt (AFP) – Ketua Setiausaha NATO Jens Stoltenberg hari ini berkata terdapat satu “peningkatan gangguan” dalam aktiviti ketenteraan Rusia di Syria, selepas Moscow memperluaskan kempen udaranya.

“Di Syria, kita telah melihat peningkatan yang membimbangkan mengenai aktiviti tentera Rusia.

“Kami akan menilai perkembangan terkini dan implikasinya terhadap keselamatan persekutuan,” kata Stoltenberg sebagai menghadiri mesyuarat pertahanan NATO yang didominasi oleh krisis Syria.

“Permesyuaratan ini amat penting memandangkan pelanggaran ruang udara NATO yang berlaku yang baru-baru oleh pesawat Rusia,” katanya.

Jens Stoltenberg (tengah) bercakap semasa mesyuarat menteri-menteri Pertahanan di ibu pejabat NATO di Brussels hari ini. – AFP
Jens Stoltenberg (tengah) bercakap semasa mesyuarat menteri-menteri Pertahanan di ibu pejabat NATO di Brussels hari ini. – AFP

Rusia melancarkan serangan udara terhadap apa yang dipanggil sebagai sasaran ‘pengganas’ di Syria minggu lalu tetapi dalam pada itu, ia juga telah mencabuli ruang udara sekutu utama NATO, Turki, menyebabkan bantahan keras daripada pakatan yang diketuai Amerika Syarikat dan Ankara.

NATO telah menempatkan peluru berpandu Patriot di Turki bagi melindunginya daripada sebarang limpahan konflik Syria tetapi dijadualkan dikeluarkan pada akhir tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA