Kebimbangan terhadap pentadbiran Trump

Kebimbangan terhadap pentadbiran Trump

WASHINGTON, 28 April – Calon Republikan bagi jawatan Rumah Putih yang disebut-sebut akan menang, Donald Trump semalam menjanjikan pembaikan pulih menyeluruh bagi dasar luar AS yang akan ‘Amerika didahulukan’ dan membuatkan sekutu-sekutunya membayar.

Dalam ucapan dasar luar utama yang tidak terperinci yang membuatkan pakar-pakar Washington kebingungan. Trump memberi amaran bahawa Eropah dan Asia mungkin terpaksa mempertahankan diri. Dia berikrar akan menyingkirkan perjanjian perdagangan, melengkapi semula NATO untuk membantah pendatang dan ‘radikal Islam’ dan mendahulukan kepentingan kebangsaan AS dari semua pertimbangan lain.

“Amerika didahulukan’ akan menjadi tema utama pentadbiran saya,” Trump memberitahu para penyokong, dengan memilih semula slogan penyokong dasar pemencilan sebelum Perang Dunia II Amerika.

Ucapan itu dianggap sebagai peluang bagi Trump, peneraju dalam persaingan bagi pencalonan presiden Republikan, untuk meraih pembentukan dasar luar yang dicurigai.

“Dasar luar kita amat teruk,” ahli perniagaan jutawan itu berkata, dengan menolak rekod semua presiden sejak Perang Dingin, Republikan dan Demokrat.

Seorang lelaki mengambil gambar papan tanda ‘Tiada Trump pada bila-bila masa’ (No Trump Anytime) berhampiran tanda ikonik “Hollywood”, di kawasan bukit Hollywood, California pada Rabu lalu. – AFP
Seorang lelaki mengambil gambar papan tanda ‘Tiada Trump pada bila-bila masa’ (No Trump Anytime) berhampiran tanda ikonik “Hollywood”, di kawasan bukit Hollywood, California pada Rabu lalu. – AFP

“Kita membina semula negara-negara lain sementara melemahkan negeri-negeri kita sendiri,” ujarnya, dengan mengutuk misi membina negara di Timur Tengah dan defisit perdagangan AS dengan China.

“Sekutu-sekutu kita tidak membayar perkongsian adil mereka,” dia memberi amaran, dengan menuding ke arah dan sekutu rapat Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Negara-negara yang kita pertahankan mesti membayar kos pertahanan ini. Dan jika tidak, AS mesti bersedia untuk membiarkan negara-negara ini mempertahankan diri mereka sendiri.”

Tetapi dalam percanggahan jelas, Trump, 69 tahun yang dibangkitkan oleh kemenangan besar terbarunya dalam pengundian, juga membidas Presiden Barack Obama, menuduhnya mengenepikan sekutu-sekutu AS seperti Israel sementara menjangkaui Iran.

“Kami memilih bertikai dengan rakan paling lama kita dan kini mereka mula mencari tempat lain untuk meminta bantuan. Ingat, itu tidak baik,” katanya. – AFP