Kebocoran dokumen cukai, kaitkan pemimpin dunia

Kebocoran dokumen cukai, kaitkan pemimpin dunia

PARIS, 4 April (AFP) – Kebocoran 11.5 juta dokumen telah mendedahkan rahsia urus niaga luar pesisir bantuan kepada presiden Rusia Vladimir Putin, pemimpin dunia dan selebriti termasuk pemain Barcelona Lionel Messi.

Satu siasatan oleh lebih 100 kumpulan media, digambarkan sebagai salah satu siasatan terbesar seumpama itu dalam sejarah, mendedahkan aset luar pesisir tersembunyi kira-kira 140 tokoh politik. Rekod berkenaan diperoleh daripada sumber tanpa nama oleh akhbar Jerman Sueddeutsche Zeitung dan dikongsi bersama media di seluruh dunia oleh Konsortium Wartawan Siasatan Antarabangsa (ICIJ).

Dokumen tersebut, daripada kira-kira 214,000 entiti luar pesisir meliputi hampir 40 tahun, datang daripada Mossack Fonseca, sebuah firma guaman yang berpangkalan di Panama dengan pejabat di lebih daripada 35 negara. Ia dikaji semula sepasukan lebih 370 wartawan dari lebih 70 buah negara, menurut ICIJ. BBC memetik Mossack Fonseca yang berpangkalan di Panama sebagai berkata ia beroperasi secara berkecuali selama 40 tahun dan tidak pernah disabitkan dengan sebarang salah laku jenayah. Masih tidak jelas siapakah sumber asal dokumen yang bocor itu.

Siasatan mendakwa sekutu rapat Putin, yang dirinya tidak dinamakan dalam dokumen, “secara rahsia memindah AS$2 bilion menerusi bank dan syarikat samaran.”

(Dari atas kiri) Mauricio Macri , Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan, Raja Salman bin Abdulaziz, Petro Poroshenko, Sigmundur David Gunnlaugss adalah antara nama yang dipaparkan dalam kebocoran dokumen yang besar, yang mendedahkan aset luar pesisir tersembunyi yang melibatkan firma undang-undang yang berpangkalan di Panama, Mossack Fonseca (gambar bawah kanan). – AFP
(Dari atas kiri) Mauricio Macri , Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan, Raja Salman bin Abdulaziz, Petro Poroshenko, Sigmundur David Gunnlaugss adalah antara nama yang dipaparkan dalam kebocoran dokumen yang besar, yang mendedahkan aset luar pesisir tersembunyi yang melibatkan firma undang-undang yang berpangkalan di Panama, Mossack Fonseca (gambar bawah kanan). – AFP

Dua belas pemimpin sekarang dan sebelumnya dinamakan dalam siasatan, termasuk perdana menteri Pakistan, presiden Ukraine dan raja Arab Saudi, serta bintang sukan dan filem termasuk Jackie Chan.

Dokumen juga membongkar skandal rasuah yang membelenggu badan bola sepak dunia, mendedahkan ahli jawatankuasa etika FIFA Juan Pedro Damiani mempunyai hubungan perniagaan dengan tiga lelaki yang telah disabit dalam siasatan.

Ketua UEFA Michel Platini didakwa menggunakan Mossack Fonseca untuk mentadbir sebuah syarikat luar pesisir, sementara Messi dan bapanya memiliki sebuah syarikat kerangka yang tidak ditemui dalam siasatan Sepanyol dalam hal ehwal percukaian bintang bola sepak itu. Platini menafi melaku kesalahan.

ARTIKEL YANG SAMA