Kebocoran radioaktif di lapangan terbang Delhi

Kebocoran radioaktif di lapangan terbang Delhi

NEW DELHI, 9 Okt – Satu kebocoran radioaktif disyaki dilaporkan di kawasan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi Indira Gandhi hari ini, kata pegawai perkhidmatan bomba.

Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebocoran itu, terminal kargo di Terminal T3 telah dipindahkan, kata pegawai, sambil menambah bahawa keadaan berada di bawah kawalan.

Menurut pegawai, kebocoran berlaku dari satu bungkusan yang dikatakan mengandungi beberapa bahan radioaktif, tetapi ianya masih belum dapat disahkan secara rasmi.

Saluran TV tempatan melaporkan bahawa satu pasukan dari Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan dan saintis atom berada di kawasan kejadian.

Satu kebocoran radioaktif yang sama beralaku di lapangan terbang antarabangsa Delhi yang ternyata palsu pada Mei tahun lalu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA