Kebocoran radioaktif di lapangan terbang Delhi

Kebocoran radioaktif di lapangan terbang Delhi

NEW DELHI, 29 Mei (AFP) – Satu kebocoran bahan radioaktif dikesan hari ini di lapangan terbang antarabangsa New Delhi pada penghantaran ubat nuklear dari Turki sebelum ia dihentikan oleh kumpulan kecemasan, kata pegawai.

Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan kargo Turkish Airlines di mana empat karton mengandungi bahan ubat nuklear ditemui telah rosak, beritahu seorang pegawai Pasukan Respons bencana Nasional kepada AFP.

“Keadaan adalah terkawal, kumpulan kami berada di tempat kejadian. Tidak perlu berasa panik,” tambah pegawai dengan syarat namanya tidak disiarkan.

“Pakar tenaga nuklear sedang menilai dan menganalisis keadaan. Penghantaran telahpun diasingkan.” Menteri Dalam Negeri India Majnath Singh mengesahkan kejadian tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, menambah “kebocoran telah pun dihentikan.”

Rangkaian NDTV melaporkan dua pekerja kargo yang terdedah kepada kebocoran telah pun dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Bahan tersebut bertujuan dihantar ke sebuah hospital swasta di ibu negara India.

Pada 2010, seorang pekerja kawasan simpanan sekerap di Delhi mati akibat keracunan radiasi dan tujuh yang lain cedera, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai pengendalian bahan radioaktif di India.

Kumpulan alam sekitar Toxic Links menganggarkan India menghasilkan lima juta tan bahan buangan industri berbahaya setiap tahun dan mengimport 5,000 tan besi sekerap setiap hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA