Kebudayaan, makanan pelbagai kaum tarikan baru Taman Mini Budaya dan ASEAN

Kebudayaan, makanan pelbagai kaum tarikan baru Taman Mini Budaya dan ASEAN

MELAKA, 13 Nov – Persembahan kebudayaan dan festival makanan masyarakat berbilang kaum yang unik di negara ini diketengahkan sebagai daya penarik baharu pelancong berkunjung ke Taman Mini Budaya dan ASEAN di Ayer Keroh di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahim Abu berkata inisiatif berkenaan secara tidak langsung dilihat dapat memberi nilai tambah kepada produk pelancongan negeri itu selain rumah tradisional Malaysia dan ASEAN yang terdapat di taman berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata buat permulaan taman itu mengadakan program ‘Lan Berambeh Rumah Sarawak’ selama dua hari berakhir hari ini bagi mengetengahkan budaya masyarakat Sarawak dengan program seperti upacara Bebiau (menyambut pahlawan), persembahan tarian dan mencanting batik Sarawak.

“Kita merancang untuk meneruskan di rumah (negeri) lain pula kerana ia berupaya menjadi platform mempromosi keunikan adat dan budaya kepelbagaian etnik di negara ini sekali gus memperkukuh perpaduan kaum.

Kita sasarkan lebih 200 pengunjung akan datang untuk setiap program seperti ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA