Kebuntuan Oregon perjuangkan hak tanah

Kebuntuan Oregon perjuangkan hak tanah

WASHINGTON, 6 Jan (AFP) – Penaklukan tempat perlindungan hidupan liar yang dilakukan oleh penunjuk perasaan bersenjata di Oregon mencerminkan pertikaian berdekad lamanya mengenai hak tanah di Amerika Syarikat, di mana masyarakat tempatan berusaha untuk mengambil balik tanah persekutuan.

Kebuntuan di luar bandar Oregon didorong dengan penahanan dua peladang yang disabitkan atas perbuatan khianat, kata pakar isu pertikaian itu menjadi kebimbangan mendalam bagi hak-hak pembalakan serta permit untuk bekerja lombong di atas tanah kerajaan negara-negara Barat.

“Masalah yang kita lihat … adalah bagaimana anda menguruskan orang-orang yang menggunakan tanah itu seperti tanah mereka sendiri, walaupun ia bukan milik mereka,” kata Gerald Torres, seorang profesor undang-undang di Universiti Cornell.

“Mereka hanya diberikan hak penggunaan dan bukannya hak milik,” katanya.

Sebahagian besar pemilikan tanah persekutuan di Amerika Syarikat sebahagian tertumpu di barat, di mana kawalan kerajaan secara keseluruhan hanya lebih separuh daripada wilayah di 13 negeri, menurut rekod kerajaan.

Di Oregon, hampir 53 peratus daripada tanah itu milik persekutuan, manakala di Alaska angka itu berada pada 61.2 peratus dan di Nevada di hampir 85 peratus.