Keburukan sifat marah

Keburukan sifat marah

SAYA tertarik dengan artikel dalam ruangan psikologi di Media Permata keluaran 6/7 Februari 2016 dibawah tajuk “Marah sifat normal tapi perlu dikawal” dan perkara marah ini adalah satu perkara yang tidak baik dan boleh membawa seseorang itu ke neraka.

Ini berdasarkan kepada tulisan Yang Berhormat Mufti Kerajaan dalam Buku Qanun Jenayah Syariah Satu pengenalan – muka surat 223 dan 224, yang menyatakan:

“Nabi Pernah bersabda maksudnya: Seseorang Hakim atau Kadhi janganlah dia mengadili sedang dia itu dalam keadaan marah.

“Mengapa? Kerana marah itu mengganggu fikiran, merosakkan jalan berfikir. Bagaimana keadilan boleh ditegakkan oleh seorang hakim yang terganggu jalan fikirannya? Perkara marah itu bukanlah perkara remeh-remeh. Bukan? Ia adalah perkara yang serius, bahkan perkara yang turut menentukan syurga seseorang. Seorang sahabat pernah bertanya kepada Nabi S.A.W tentang bagaimanakah caranya atau apa perkara yang patut dilakukannya untuk dia dapat masuk syurga? Nabi S.A.W menjawab; “Jangan Marah.” Sabda ini diulang sampai tiga kali (Hadis riwayat At–Tabarani daripada Abu ad-Darda).

Mengapa ini? Kerana natijah marah itu tidak bagus, boleh membawa kepada dosa, kepada pelbagai keburukan dan kejahatan. Orang marah boleh saja melakukan apa jua di luar sedarnya, dia boleh melakukan kezaliman, boleh memaki orang, boleh menyumpah orang, boleh menampar orang atau boleh menendang orang. Kalau dia majikan, dia boleh memecat orang,walaupun dengan sebab yang tidak munasabah. Bahkan bukan itu saja,malahan boleh juga membunuh orang dan lain-lain.

Inilah keburukan marah. Sedangkan sahabat lagi dilarang supaya jangan marah untuk dapat memasuki syurga.

Jelas lah bahawa orang yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah dan mengatasi kemarahan, adalah orang istimewa,orang hebat dan orang yang disukai Allah. – Awang Marol, BSB

ARTIKEL YANG SAMA