Kecanggihan teknologi banteras penangkapan ikan secara haram

Kecanggihan teknologi banteras penangkapan ikan secara haram

BANGKOK – Sejak beberapa dekad yang lalu, bot nelayan telah menggunakan sistem berteknologi tinggi untuk mengenal pasti kawasan perairan yang menjadi habitat utama kepada sesetengah kelompok spesies ikan sehingga menyebabkan ada daripadanya menyebabkan kekurangan dari segi pembiakan dan diancam oleh kepupusan.

Justeru, kini sistem terbaru telah diperkenalkan untuk mengawal dan mengenal pasti sebarang bot atau kapal yang melakukan aktiviti mencurigakan di mana sistem berteknologi tinggi itu juga mampu untuk membantu bagi mencegah sebarang aspek penyalahgunaan kuasa ke atas pekerja ketika berada di kawasan laut lepas,

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan bahawa penangkapan ikan secara haram yang merangkumi penangkapan spesies ikan yang terlarang, jumlah melebihi kuota dan menceroboh di kawasan yang terkawal di mana aktiviti yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan kerugian tahunan pada jumlah AS$23 bilion.

Laporan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat pula menjelaskan bahawa masalah penyalah gunaan kuasa pekerja di sektor perikanan sering berlaku di lebih 50 buah negara dan undang-undang wajar dipertingkatkan bagi mengawal masalah tersebut daripada terus berlaku.

Pada awal tahun ini, Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry menjelaskan bahawa penggunaan teknologi yang canggih di laut akan memudahkan lagi tindakan pengawalan sebarang aktiviti sekali gus dapat mencegah aktiviti yang tidak bertanggungjawab.

Sistem kod bar mula dipasangkan pada bot nelayan bagi mengesan jenis, berat dan lokasi penangkapan ikan yang telah dilakukan.
Sistem kod bar mula dipasangkan pada bot nelayan bagi mengesan jenis, berat dan lokasi penangkapan ikan yang telah dilakukan.

Sementara, Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Manusia Asia, Phil Robertson turut menyokong idea pen-ggunaan sistem teknologi terbaru ini yang bukan sahaja berupaya untuk mematahkan sebarang aktiviti tidak bertanggungjawab bahkan juga turut dapat membela nasib para pekerja di laut lepas di mana umumnya mengetahui bahawa sistem perhubungan di kawasan tersebut agak terbatas.

“Teknologi ini boleh membantu untuk mengenal pasti dan mengawal sebarang aktiviti yang dilakukan oleh bot nelayan ketika berada di laut namun fungsinya juga turut berupaya untuk membela nasib para pekerja sekiranya berlakunya sebarang penyalahgunaan kuasa,” jelas Robertson.

Merupakan sebuah aplikasi diusahakan oleh Projek Issara yang merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan bagi membanteras aktiviti penyeludupan sekali gus membolehkan pekerja-pekerja asing dari Burma dan Kemboja di seluruh dunia untuk mengongsikan informasi dan keadaan mereka sewaktu bekerja.

Sebarang aduan dan maklumat yang dikongsikan bakal diterima oleh organisasi, kerajaan dan syarikat pengusaha yang berpeluang untuk melakukan kawalan di samping dapat memberikan tindak balas.

Kawalan terhadap sebarang aktiviti penangkapan ikan dapat dilakukan secara jauh dengan kecanggihan tekonologi terbaru yang diperkenalkan.
Kawalan terhadap sebarang aktiviti penangkapan ikan dapat dilakukan secara jauh dengan kecanggihan tekonologi terbaru yang diperkenalkan.

Malah sistem teknologi terbaru ini juga dilengkapi dengan sistem talian multi bahasa yang setentunya berperanan untuk memudahkan proses untuk memahami sebarang aduan yang diajukan sekali gus memberikan bantuan yang dikehendaki dengan segera.

Di samping itu , sistem teknologi terbaru ini juga dilengkapi dengan kod bar yang berperanan untuk mengesan jenis ikan dan lokasi penangkapanya.

Sistem kod bar tersebut telah dihasilkan oleh Eksport Perikanan Norpac yang dapat memberikan informasi mengenai hasil tangkapan terdiri daripada jenis, lokasi, berat dan bot nelayan yang dipertangungjawabkan ketika melakukan aktiviti penangkapan tersebut.

Pada dasarnya, sistem teknologi tersebut telah diuji dan turut berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Sistem Eyes on the Seas yang turut dilengkapi pada mesin pengesan itu pula merujuk kepada sistem pengesan satelit, isyarat radar, imej yang dirakam oleh dron dan juga isyarat radio bagi menzahirkan peta dunia yang kelihatan lebih dinamik.

Sistem Eyes on the Seas merujuk kepada sistem pengesan satelit, isyarat radar, imej yang dirakam oleh dron dan juga isyarat radio bagi menzahirkan peta dunia yang kelihatan lebih dinamik.
Sistem Eyes on the Seas merujuk kepada sistem pengesan satelit, isyarat radar, imej yang dirakam oleh dron dan juga isyarat radio bagi menzahirkan peta dunia yang kelihatan lebih dinamik.

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan oleh para penganalisis turut menjelaskan bahawa mereka dapat mengidentifikasikan sebarang bot nelayan yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram sekaligus berpeluang untuk mencegah masalah tersebut daripada terus berleluasa.

Malah sistem pengesan yang dibina oleh Pew Charitable Trusts gabungan bersama dengan satelit kerajaan United Kingdom itu juga berupaya untuk mengesan sebarang bot nelayan yang giat melakukan aktiviti penangkapan ikan di laut lepas walaupun sistem pengesan penghubung satelit pada sesebuah bot nelayan itu telah dimatikan.

Dilancarkan pada awal tahun ini, Global Fishing Watch merupakan sistem terbaru yang diusahakan oleh Oceana, Skytruth dan Google yang turut disokong oleh Yayasan Leonardo Dicaprio di mana ia berfungsi untuk mengesan sebarang kegiatan bot nelayan di seluruh dunia.

Walaupun pada dasarnya sistem yang digunakan agak sama dengan Eyes on the Seas namun data yang telah digunakan untuk mengenalpasti sesebuah bot nelayan adalah berdasarkan SIstem Identifikasi Automatik sehingga ia juga turut berupaya untuk mengesan kapal yang bersaiz besar. – AP

ARTIKEL YANG SAMA