Kecederaan belenggu Barcelona

Kecederaan belenggu Barcelona

BARCELONA, 19 Ogos – Javier Mascherano menyertai barisan menuju bilik rawatan Camp Nou dengan juara Barcelona dilanda dengan beberapa kecederaan sebelum mereka memulakan musim baru La Liga menentang Betis esok.

Pasukan kendalian Luis Enrique membayar harga tinggi bagi memenangi Piala Super Sepanyol menentang Sevilla, dengan kapten pasukan Andres Iniesta dan pemain pertahanan Jeremy Mathieu dan Mascherano mengalami kecederaan dalam dua perlawanan yang akan menyaksikan mereka tidak beraksi dalam perlawanan esok.

‘Saya merasa gembira dan berpuas hati dengan apa yang saya lihat di atas padang dan persembahan para pemain yang menyertai pasukan. Saya gembira mengenai segalanya kecuali kecederaan Mascherano,’ kata Luis Enrique selepas perlawanan kedua pada Rabu lalu dari Piala Super, ketika Barca menang 3-0 untuk menyelamatkan kejayaan 5-0 agregat.

Reaksi Javier Mascherano semasa sidang akhbar di Pusat Sukan Barcelona FC, Joan Gamper di Sant Joan Despi, berhampiran Barcelona Selasa lalu. – AFP
Reaksi Javier Mascherano semasa sidang akhbar di Pusat Sukan Barcelona FC, Joan Gamper di Sant Joan Despi, berhampiran Barcelona Selasa lalu. – AFP

Barcelona juga tanpa bintang, Neymar, yang juga berada di Olimpik, sementara penjaga gol Marc-Andre ter Stegen masih dalam pemulihan dari kecederaan lutut.

Sementara itu, pemain antarabangsa Perancis, Samuel Umtiti selaras bagi kemunculan La Liga selepas cemerlang menentang Sevilla dan akan digandingkan dengan Gerard Pique.

Ini mungkin perlawanan terakhir penjaga gol, Claudio Bravo bagi Barcelona ketika laporan menggambarkan dia hampir untuk menyertai Manchester City, dan Camp Nou pasti untuk memberikannya kejutan bagi perkhidmatan ke atas dua musim lalu. – AFP