Kecederaan ganggu kempen Euro 2016 Jerman

Kecederaan ganggu kempen Euro 2016 Jerman

BERLIN, 11 Mei (AFP) – Joachim Loew dilihat berhasrat untuk menambah mahkota Eropah di Perancis kepada kejayaan Piala Dunia Jerman pada 2014, tetapi kecederaan yang menyelubungi pasukan menjadi kebimbangan utama ketua jurulatih itu.

Dengan masa berdetik menjelang pertemuan pertama Jerman dalam Kumpulan C menentang Ukraine di Lille pada 12 Jun, Loew menanti kapten pasukan, Bastian Schweinsteiger, pertahanan Jerome Boateng, Emre Can dan Benedikt Hoewedes termasuk midfield Julian Draxler.

Schweinsteiger yang beraksi bersama United menjadi kebimbangan terbesar setelah mengalami kecederaan ligmen lutut sebelum perlawanan persahabatan menentang England dan Itali Mac lalu.

Rentak pasukan yang tidak menentu telah menambah lagi kebimbangannya. Mereka menebus kekalahan 3-2 kepada England setelah melepaskan pendahuluan 2-0 di Berlin, dengan menewaskan Itali 4-1 di Munich Mac lalu.

Dengan Mats Hummels satu-satunya pemenang Piala Dunia di barisan pertahanan, pertahanan Jerman terjejas menentang England apabila kapten Borussia Dortmund itu keluar dan pasukan Loew mendapati mereka terjejas dan sukar di bahagian midfield.

Loew bercakap kepada para pemainnya dalam satu sesi latihan di Stade de France dalam gambar fail 12 November 2015. – AFP
Loew bercakap kepada para pemainnya dalam satu sesi latihan di Stade de France dalam gambar fail 12 November 2015. – AFP

Banyak perkara yang meningkat menentang Itali, tetapi Loew akan menjangka pasukannya untuk meningkatkan penyudah dan memerlukan tindakan segera dalam aksi persahabatan menentang Hungary dan Slovakia dan Hungary sebelum berlepas ke pangkalan Eropah di Evian, barat daya Perancis.

Jerman mengungguli kumpulan kelayakan Eropah 2016, tetapi kerapuhan di bahagian pertahanan terdedah dengan kekalahan kepada Poland, yang akan mereka temui sekali lagi dalam Kumpulan C, dan Republik Ireland.

Dia akan meraikan 10 tahun sebagai ketua jurulatih Jerman selepas Euro 2016 yang tidak pernah beraksi bagi negaranya pada peringkat senior. Di bawah bimbingannya, Jerman mengukuhkan reputasi sebagai pasukan pesaing apabila berkeupayaan meningkatkan persembahan mereka bagi perlawanan besar.

Dia menggantikan Jurgen Klinsmann sebagai ketua jurulatih pada 2006 ketika Jerman selesai di tangga kedua di Euro 2008, kemudian di tempat ketiga pada Piala Dunia 2010.