Kecederaan jejas Terbuka Australia

Kecederaan jejas Terbuka Australia

MELBOURNE, 15 Jan (AFP) – Beberapa siri kecederaan bakal merosakkan kemeriahan Terbuka Australia sekali gus memberikan tekanan buat penganjur kategori wanita yang terpaksa mengubah jadual perlawanan.

Kecederaan atau masalah kesihatan melanda beberapa pemain yang menduduki kelompok 10 teratas wanita.

Pemain nombor satu dunia Serena Williams mengetuai senarai pemain yang diragui kecergasannya selepas dia menarik diri daripada menyertai Piala Hopman gara-gara masalah lutut.

Tetapi juara Grand Slam 21 kali itu tidak berseorangan dan kakaknya, Venus serta Flavia Pennetta yang sudah bersara muncul pemain dalam kelompok 10 teratas tidak bermasalah.

Simona Halep, Garbine Muguruza, Agnieszka Radwanska dan Maria Sharapova semuanya menarik diri dan tidak menyertai aksi pemanas badan akibat pelbagai masalah kecederaan.

Serena Williams menarik diri daripada menyertai Piala Hopman gara-gara masalah lutut. – Reuters
Serena Williams menarik diri daripada menyertai Piala Hopman gara-gara masalah lutut. – Reuters

Petra Kvitova dan Angelique Kerber dilanda radang usus manakala Lucie Safarova tidak beraksi di Melbourne akibat dijangkiti bakteria.

Ketika masalah kesihatan sukar diramal, Serena, Simona dan Maria semuanya masih dibelenggu kecederaan yang melanda mereka musim lalu.

Masalah kategori lelaki juga turut tidak boleh diperkecilkan sekali gus mengundang kritikan pelbagai pihak yang mengatakan kecederaan dialami itu berhubung kait dengan jadual pertandingan.

Pengerusi Persatuan Tenis Wanita Steve Simon sudah berjanji untuk melakukan perubahan terhadap kalendar pertandingan selepas melihat ramai pemain dilanda kecederaan dan terpaksa menarik diri.

“Jelas antara isu yang perlu diatasi ketika ini adalah bagi memastikan atlet kita dapat mengharungi cabaran dengan sihat,” katanya.