Kecederaan Kane dibimbangi

Kecederaan Kane dibimbangi

LONDON, 19 Sept – Mauricio Pochettino mengakui Tottenham Hotspurs mungkin berdepan kesukaran berikutan kecederaan dialami penyerang sensasi mereka Harry Kane yang dikeluarkan selepas menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Sunderland 1-0, malam tadi.

Kane menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan liga tetapi dia terpaksa dibawa keluar selepas dikasari Papy Djilobodji, dengan ujian awal menunjukkan kemungkinan dia mengalami kecederaan buku lali.

Kemenangan itu melonjakkan Tottenham ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris, iaitu kedudukan akhir mereka musim lalu dan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Salah satu aksi pada perlawanan tersebut. – AP
Salah satu aksi pada perlawanan tersebut. – AP

Pochettino tidak dapat mengesahkan sejauh mana kecederaan penyerang itu, tetapi merasakan dia memiliki pilihan untuk menggunakan pemain ditandatangani pada pra-musim, Vincent Janssen.

“Kita akan mengetahuinya esok, Harry terseliuh buku lali dan dia merasa kesakitan. Ia boleh menjadi masalah dengan ligamennya tetapi hari ini adalah sukar untuk menilai dan mengesahkan kecederaan itu,” kata pengurus Spurs itu.

“Ia adalah sukar tanpa dia, tetapi kami sudah menandatangani Janssen, dia bermain dengan baik dan dia adalah penyerang yang boleh memberi kami banyak perkara.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA