Kecederaan Robben tidak serius

Kecederaan Robben tidak serius

BERLIN, 15 Nov – Pemain sayap Bayern Munich Arjen Robben dijangka kembali cergas bagi persaingan Bundesliga menentang Borussia Dortmund Sabtu ini selepas cedera ketika beraksi bersama Belanda yang dilihat kurang serius berbanding ditakuti seperti kebiasaannya.

Robben, 32, dikeluarkan pada separuh masa pertama dalam kemenangan 3-1 Belanda di Luxembourg dalam aksi kelayakan Piala Dunia Ahad lalu kerana mengalami kecederaan paha selepas menjaringkan gol pada babak pertama.

Dalam kenyataan menerusi laman sesawang mereka, Bayern berkata “ujian dari perubatan kelab FCB, Dr. Volker Braun mendedahkan pemain sayap itu tidak mengalami kecederaan serius.

“Pemain dari Belanda itu boleh berada dalam senarai pilihan dalam persaingan Bundesliga menentang Borussia Dortmund Sabtu depan.”

Rakan sepasukan Robben, Jerome Boateng (cedera lutut) dan Franck Ribery (otot) berlatih seperti biasa semalam tetapi kedudukan mereka untuk persaingan Sabtu ini belum lagi disahkan. – AFP