Kecewa tidak dimainkan

Kecewa tidak dimainkan

MANCHESTER, 23 Dis (Reuters) – Penyerang Manchester City Wilfried Bony berkata dia berasa hampa kerana kehilangan tempat kesebelasan utama ketika kembalinya Sergio Aguero selepas pengurus Manuel Pellegrini mengambil keputusan untuk memainkan pemain Argentina itu ketika perlawanan menentang Arsenal baru-baru ini.

Aguero bermain perlawanan pertamanya sejak kira-kira tiga minggu berikutan kecederaan buku lali dan telah digantikan oleh pemain kebangsaan Ivory Coast pada separuh masa kedua perlawanan tersebut.

“Dia (Aguero) kembali daripada kecederaan. Dia tidak bermain selama beberapa minggu,” Bony memberitahu media British.

“Saya kecewa kerana tidak dimainkan namun saya bukan jurulatih pasukan. Jurulatih melakukan apa yang dia fikir bagus buat pasukan.”

Bekas penyerang Swansea City itu telah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan menjelang pertemuan dengan Arsenal di Stadium Emirates, walaupun Aguero merupakan penjaring terbanyak kelab tersebut musim ini dengan sembilan jaringan, lebih dua gol daripada Bony dalam lima perlawanan.

Presentation of matchday 12 of the Premier League (135 x 141 mm)
Presentation of matchday 12 of the Premier League (135 x 141 mm)

Pellegrini menyokong keputusannya untuk memainkan Aguero.

“Dia bekerjasama bersama skuad dalam seminggu. Dia memerlukan masa,” bekas pengurus Real Madrid itu berkata.

“Biasanya apabila dia kembali daripada kecederaan, dia memerlukan beberapa minit. Saya berasa minit-minit ini adalah sangat penting baginya.”

City, yang berada di tempat ketiga liga, empat mata di belakang Arsenal dan enam mata di belakang pendahulu Leicester City.

Pasukan Pellegrini akan menghoskan calon penyingkiran Sunderland dalam liga Sabtu ini, sebelum mengunjungi Leicester pada Selasa depan.

Pellegrini memberi bayangan bahawa kapten Vincent Kompany mungkin dalam keadaan cergas untuk berdepan Leicester City.

“Dengan Vincent kembali ke pasukan, David (Silva) dan Sergio bermain seperti biasa setiap minggu saya berasa kami akan terus menjadi pasukan penting untuk bertarung bagi gelaran liga,” kata Pellegrini.