Kecoh pertikai bukti, dakwa tidak bersalah

Kecoh pertikai bukti, dakwa tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160908_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Mahkamah Perantaraan, di sini, kecoh seketika apabila seorang suami yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan dua kali sebatan mendakwa dirinya tidak bersalah dan mempertikaikan bukti yang dikemukakan terhadapnya dan isterinya.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin POKSMDSP Haji Abidin mensabitkan Mohd Noramir bin Haji Jamil dan isterinya, Norlilawati binti Hassan selepas perbicaraan atas pertuduhan pecah masuk rumah untuk mencuri. Norlilawati dijatuhi penjara selama 14 bulan, yang mana kedua-dua mereka didakwa memecah masuk sebuah rumah di Jalan Bengkurong Masin pada 24 September 2014, dan mencuri satu unit komputer riba.

Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Nurul binti Pengiran Rosli telah membuktikan kepada mahkamah bahawa saksi iaitu pemilik rumah telah mengenal pasti Mohd Noramir dan Norlilawati yang berada di luar rumahnya ketika kejadian dan sempat bersemuka dengan mereka meskipun kedua-dua tertuduh menafikannya, dan mendakwa mereka hanya berjalan-jalan di kawasan rumah itu.

Kedua-dua tertuduh terus melarikan diri apabila polis dihubungi.

Hakim juga mendapati keterangan daripada kedua-dua tertuduh tidak konsisten sepanjang perbicaraan dijalankan.

Hakim memerintahkan hukuman kedua-duanya berkuat kuasa hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA