Kedai baru N. I. Sdn Bhd dirasmikan

Kedai baru N. I. Sdn Bhd dirasmikan

pgm3_160908_d

BANDAR SERI BEGAWAN – Sebuah kedai baru milik Syarikat N. I. Sdn Bhd yang menampilkan produk-produk berkualiti dari Bangladesh, telah dirasmikan di Tingkat 1, Pusat Beli-Belah Times Square, baru-baru ini.

Perasmian kedai tersebut telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Brunei Darussalam, Muhammad Abdul Hye yang juga selaku tetamu kehormat.

Menurut kenyataan yang diterima, Muhammad Abdul Hye menyatakan perasaan berbesar hati dapat berkongsi sama merasmikan pembukaan kedai baru itu.

Beliau juga amat menghargai usaha pihak pengurusan dan Pengarah Urusan N. I. Sdn Bhd, Nazrul Islam kerana membawa produk-produk berkualiti dari Bangladesh ke negara ini pada harga yang berpatutan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengerusi Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Dato Paduka Mohd Alimin bin Haji Abdul Wahab bersama para tetamu yang lain.

ARTIKEL YANG SAMA