Kedai elektrik Biosis World dirasmi

Kedai elektrik Biosis World dirasmi

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Nov – Biosis World Sdn Bhd, sebuah syarikat pengendali barangan elektrik telah merasmikan kedai barunya di Bangunan T.C.Y Motors Sdn Bhd, Jalan Batu Bersurat, hari ini.

Perasmiannya dilancarkan oleh Ahli Kumpulan Syarikat T.C.Y Motors, Teng Chee How yang juga selaku tetamu kehormat.

Biosis World Sdn Bhd menawarkan pelbagai barangan elektronik berteknologi terkini dari Jepun dengan berbagai-bagai jenama terkemuka dan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memastikan pelanggannya akan dapat memiliki produk berkualiti yang ditawarkan oleh kedai tersebut.

Alvin Tan selaku Ahli Kanan Kumpulan Syarikat T.C.Y Motors semasa pelancaran berkenaan berkata Biosis World Sdn Bhd akan sentiasa memberikan produk yang terbaik bagi memastikan keperluan pelanggan di negara dapat dipenuhi.

Teng Chee How dan Alvin Tan merasmikan pembukaan kedai baru Biosis World Sdn Bhd.
Teng Chee How dan Alvin Tan merasmikan pembukaan kedai baru Biosis World Sdn Bhd.

Setakat ini, jelasnya lagi, premis itu telah menumpukan perniagaan kepada jualan barangan elektrik sahaja seperti, televisyen, mesin cuci dan sebagainya.

Beliau dalam pada itu juga yakin bahawa Biosis World Sdn Bhd akan mampu memperoleh pulangan yang memberangsangkan menerusi sambutan pelanggan khususnya dalam tawaran belian pelbagai produk elektronik sempena pembukaan kedai barunya itu.

ARTIKEL YANG SAMA