Kedai Gucci, Prada jadi sasaran perompak

Kedai Gucci, Prada jadi sasaran perompak

MELBOURNE, 24 Mei (Bernama) – Dua buah kedai menjual beg tangan berjenama mewah Prada dan Gucci di Melbourne, Australia menjadi sasaran sekumpulan perompak, lapor agensi berita China Xinhua.

Kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi hari ini itu, perompak dipercayai menggunakan ‘sledgehammers’ untuk memecah masuk ke kedai yang terletak di Collin Street. Jualan online pelbagai jenis beg tangan Gucci di Australia boleh mencecah antara AS$1,500 hingga AS$3,000 setiap satu, manakala Prada pula dijual pada harga mencecah hampir AS$8,000.

ARTIKEL YANG SAMA