Kedai langsir didenda $200

Kedai langsir didenda $200

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 11 Okt – Sebuah kedai langsir di Kampung Pandan, di sini, telah dikenakan denda kompaun $200 kerana membuang sampah di tempat awam.

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria mengenakan kompaun itu bagi kesalahan di bawah Bab 12(1)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Penggal 30 Bab 12 pindaan 2006 kerana meletakkan kayu-kayu, plastik, paku dan besi di kawasan petak meletak kereta di belakang premis berkenaan.

Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria sekali lagi mengingatkan orang ramai dan syarikat-syarikat supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dengan membuang sampah di tempat yang telah dikhaskan dan sentiasa mematuhi akta berkenaan.

Menurut jabatan itu menjadi satu kesalahan membuang sampah di tempat awam dengan pelaku boleh dikenakan denda kompaun tidak melebihi $500 atau didakwa di mahkamah, dan jika sabit kesalahan boleh didenda $1,000 bagi kesalahan pertama dan kesalahan seterusnya denda sejumlah $3,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

Sampah yang dibuang sewenang-wenangnya di kawasan tersebut.
Sampah yang dibuang sewenang-wenangnya di kawasan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA