Kedai pertama Al Alwani Dates

Kedai pertama Al Alwani Dates

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Kurma merupakan sejenis buah manis yang berasal dari negara Timur Tengah, mempunyai banyak khasiat serta memakannya juga adalah satu sunah.

Untuk memudahkan orang ramai menikmati kelazatan pelbagai jenis buah kurma yang menjadi kebanggaan orang Arab ini, kedai Al Alwani Dates pertama di Brunei Darussalam di bawah Pan Foods Sdn Bhd, telah dibuka di Empire Arcade, Level 5, Empire Hotel dan Country Club.

Pan Foods Sdn Bhd selaku pengedar premium tempatan bagi produk halal, telah menjadi syarikat pertama yang menawarkan pelbagai jenis kurma eksklusif keluaran Al Alwani yang didatangkan khas dari Madinah untuk sama-sama dinikmati di negara ini.

Kedai ini menawarkan lebih 28 jenis produk Al Alwani, bermula daripada kurma Ajwa Madinah hinggalah coklat Ajwa dan Maamoul yang boleh didapati pada harga berpatutan.

Menurut jurucakap Al Alwani Dates, mulai minggu depan kedai berkenaan akan menawarkan kurma berperisa kopi Arab, kelapa, kacang hazel, pudina lemon, oren dan kelopak ros.

MEWAH....Kedai pertama Al Awani Dates di Empire Arcade, Level 5, Empire Hotel dan Country Club.
MEWAH….Kedai pertama Al Awani Dates di Empire Arcade, Level 5, Empire Hotel dan Country Club.

pg05_150620_b

Pelbagai jenis kurma Al Awani yang kini boleh didapati di kedai pertama Al Awani Dates.
Pelbagai jenis kurma Al Awani yang kini boleh didapati di kedai pertama Al Awani Dates.

Kurma yang berharga serendah $5 iaitu Maamoul sehinggalah $155 iaitu Ajwa dengan madu, kacang, buah pelaga dan safron boleh didapati di kedai berkenaan yang beroperasi setiap hari, dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Al Alwani Dates juga dalam perancangan untuk mengedarkan kurma mereka ke beberapa pasar raya di negara ini.

Sepanjang bulan Ramadan sehingga penghujung Ogos ini, Al Alwani Dates turut menawarkan pakej hamper sebagai cenderamata kepada rakan dan keluarga.

Mereka yang berhajat untuk menempah kurma dalam kuantiti yang lebih banyak, sama ada untuk dijual semula, hadiah atau kegunaan sendiri, bolehlah menghubungi terus Pan Foods Corporate Relations.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kurma Al Alwani, boleh melayari akaun Instagram @Alwanidates atau melayari laman web www.panfoods.com.bn atau menghubungi talian 2610623.

ARTIKEL YANG SAMA