Kedai pertama di Malaysia

Kedai pertama di Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Ashley Furniture HomeStore, jenama kedai perabot paling laris di dunia, meraikan pembukaan kedai pertamanya di Malaysia hari ini.

Kedai tersebut terletak di Citta Mall, gedung membeli-belah berorientasikan gaya hidup kontemporari yang diletak di pinggir bandar mewah 30 minit dari ibu negara Kuala Lumpur. Pemegang lesen dan operator Ashley Furniture HomeStore adalah HAUSLIFE Furniture Sdn Bhd, pakar perabot yang mengkhusus dalam produk berkualiti namun mampu dibeli dan reka bentuk kontemporari.

“Kami gembira kerana dilantik sebagai pemegang lesen dan operator Ashley Furniture HomeStire di Malaysia. Perkongsian kami dengan jenama perabot terkenal di dunia memperkukuh seterusnya keupayaan kami untuk menawarkan kelengkapan perabot yang tahan dan mampu kepada pelanggan kami,” kata Yu Kong Cing, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HAUSLIFE Furniture Sdn Bhd.

“Menggunakan pengetahuan kami mengenai pasaran tempatan, kami bercita-cita menawarkan warga Malaysia keupayaan mencipta rumah impian mereka dengan produk perabot berkualiti dan nilai untuk wang daripada Ashley Furniture HomeStore. Dengan berbuat demikian, kami berhasrat mempertingkat jenama kedai perabot ini ke tahap kejayaan yang lebih tinggi di Malaysia, tambah Yu.

Ashley Furniture HomeStore di Citta Mall juga merupakan kedai pertama di luar Amerika Syarikat yang memaparkan reka bentuk dan susun atur jenama kedai terbaru.

Barisan pegawai kanan memotong reben sebagai menandakan pembukaan rasmi kedai pertama Ashley Furniture HomeStore di Citta Mall, Malaysia.
Barisan pegawai kanan memotong reben sebagai menandakan pembukaan rasmi kedai pertama Ashley Furniture HomeStore di Citta Mall, Malaysia.

Berukuran 800 meter persegi, kedai itu menawarkan platform pemerolehan perabot satu hentian untuk mewujudkan rumah yang cantik, daripada set bilik makan dan bilik tidur kepada hamparan dan bantal.

Sebagai peruncit perabot nombor satu di Amerika Syarikat, Ashley Furniture HomeStore sedang mengembang perniagaan mereka dengan pesat di dalam dan luar negara.

“Kami faham setiap pelanggan yang memasuki kedai kami melakukannya atas pilihan mereka, yang bermakna kami mesti memberikan perkhidmatan berkualiti kepada setiap orang. Pertumbuhan kami dalam tempoh 17 tahun lalu membuktikan usaha kami untuk memupuk hubungan berkenaan,” kata Todd Wanek, Presiden dan CEO Ashle Furniture HomeStore.

Ashley Furniture HomeStore adalah jenama kedai perabot paling laris di dunia dengan lebih daripada 550 lokasi.

Meraikan ulang tahun ke-70 pada tahun ini sejak ditubuhkan pada 1945 di Chicago, peruncit merupakan pembekal eksklusif perabot daripada Ashley Furniture Industries, Inc (Ashley), pengeluar perabot terbesar di Amerika Utara dan salah satu yang terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ashley Furniture HomeStore dan produknya, sila layari laman sesawang kami di alamat www.ashleyfurniturehomestore.com. “Like Ashley Furniture HomeStore di Facebook, ikuti perkembangan kami di Twitter, atau lihat reka bentuk syarikat di Pinterest.