Kedatangan pelancong ke Turki merosot

Kedatangan pelancong ke Turki merosot

ISTANBUL, 18 Sept – Dengan musim panas semakin hampir ke penghujungnya, Turki sedang mengira kesan tahun yang sukar yang melihat beberapa siri pengeboman pengganas dan kesan sampingan akibat pergeseran diplomatik dengan Moscow yang menjejas teruk perniagaan pelancongan negara itu.

Dan betul-betul di tengah musim panas, latar belakang ekonomi menjadi semakin berbahaya selepas satu percubaan rampasan kuasa tentera yang menyaksikan lebih daripada 270 orang terbunuh, pelaksanaan perintah darurat dan penahanan dan pemecatan beribu-ribu pesimpati.

Timbalan Perdana Menteri Turki Mehmet Simsek mengaku rampasan kuasa pada 15 Julai dan kesannya telah “melemahkan” ekonomi walaupun ketika beliau memuji ketahanannya ketika menghadapi kesusahan.

Pelancongan, sumber pendapatan mata wang asing yang penting untuk sebuah negara yang memerlukan mata wang asing bagi menutup defisit akaun semasa yang besar, telah menerima bahagian yang paling hebat daripada kesan sampingan ekonomi.

Gambar fail 26 Julai 2016 menunjukkan pelancong mengambil gambar selfie di kawasan era Byzantine Hagia Sophia, di daerah bersejarah Sultanahmet, Istanbul. - AP
Gambar fail 26 Julai 2016 menunjukkan pelancong mengambil gambar selfie di kawasan era Byzantine Hagia Sophia, di daerah bersejarah Sultanahmet, Istanbul. – AP

Ia disebabkan sebahagiannya oleh kemerosotan 89 peratus dalam ketibaan pelancong Rusia selepas kesan sampingan diplomatik di antara kedua-dua negara yang berpunca daripada penembakan sebuah kapal terbang perang Rusia oleh Turki pada tahun lalu. Rusia adalah pasaran pelancong kedua terbesar Turki dengan 4.5 juta orang melawat tempat-tempat seperti ibu negara pelancongan Turki, Antalya pada 2014.

Dengan ramai warga Rusia bercuti di tempat lain, Turki dijangka mengalami kerugian di antara AS$8 dan AS$10 bilion dalam pendapatan pelancongan pada akhir tahun, menurut Cetin Gurcun, Setiausaha Agung persatuan agensi pelancongan Turki TURSAB. Tidak ada perjanjian yang dapat menutup sepenuhnya jurang berkenaan.

Angka rasmi Turki untuk seluruh musim pelancong pada musim panas masih belum dikeluarkan. Namun adalah jelas ia telah terjejas. Bulan Jun dan Julai sahaja melihat ketibaan pelancong merosot sebanyak 40 dan 36 peratus masing-masing. – AP