Kedaulatan tiada tolak ansur – China

Kedaulatan tiada tolak ansur – China

BEIJING, 1 Julai (AFP) – China tidak akan bertolak ansur dalam perihal kedaulatan, Presiden Xi Jinping berkata hari ini sebelum perintah tribunal antarabangsa berhubung tuntutan maritim Beijing ketika beliau meraikan ulang tahun ke 95 Parti Komunis.

Parti memerintah mesti mengekalkan kuasa mutlak di negara itu, mengukuhkan ketenteraannya dan meningkatkan peranannya di peringkat dunia, Xi memberitahu pegawai-pegawai tinggi yang berbaris rapat di Great Hall of People, Beijing, dan menerima tepuk sorak sangat gembira.

“Tidak ada negara asing. Seharusnya menjangkakan kita untuk menelan bahaya kepada kedaulatan negara kita, keselamatan atau kepentingan pembangunan,” kata Xi dengan menambah kata “Kami tidak takut akan masalah.”

Kenyataan beliau dibuat ketika ketegangan serantau berhubung tuntutan Beijing ke atas hampir kesemua Laut China Selatan, dengan AS menghantar peronda tentera laut ke kepulauan buatan yang telah dibina oleh Beijing di perairan yang dipertikaikan itu.

Xi membidas AS dengan mengatakan “Kami tidak akan muncul di pintu depan rakyat lain untuk memperlihatkan kekuatan kami. Itu bukan menunjukkan kekuatan atau menakutkan sesiapa pun.”

Tribunal antarabangsa di The Hague akan mengeluarkan perintah pada 12 Julai dalam kes yang dikemukakan oleh Filipina yang mencabar tuntutan China di laluan air strategik itu.

Beijing menegaskan bahawa Parlimen Tetap Penimbangtaraan tidak mempunyai bidang kuasa ke atas isu itu dan telah memulaukan prosiding itu.

ARTIKEL YANG SAMA