Kediaman bekas presiden Yaman kena bom

Kediaman bekas presiden Yaman kena bom

SANAA, 10 Mei (AFP) – Pesawat perang dari tentera gabungan diketuai Arab Saudi hari ini mengebom kediaman bekas presiden Yaman Ali Abdullah Saleh, menyusuli serangan sengit ke aras kedudukan kumpulan pemberontak, menurut saksi-saksi.

Dua serangan udara mengenai sasaran rumah Saleh di bahagian tengah Sanaa. Bagaimanapun bekas orang kuat Yaman itu dipercayai berada di luar ibu negara.

Saleh, yang meletak jawatan pada Februari 2012 berikutan bantahan selama setahun di seluruh negara ke atas pemerintahannya selama tiga dekad, dituduh menyebelahi pemberontak Syiah Huthi yang menentang presiden yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Abedrabbo Mansour Hadi.

Sekumpulan tentera yang masih setia kepada Saleh berjuang bersama-sama pemberontak, yang mara ke ibu negara tanpa sebarang tentangan pada September dan sejak itu memperluaskan kawasan di bawah kawalan mereka.