Kediaman eksklusif menghadap laut

Kediaman eksklusif menghadap laut

KOTA KINABALU, 21 Mei – Ciri lazim yang mengaitkan bandar raya Miri dan Kota Kinabalu adalah lokasinya. Kedua-duanya mempunyai kelebihan menjadi bandar-bandar yang menghadap perairan di mana kawasan laut dan daratan bertemu untuk melahirkan latar yang ideal untuk hartanah perdana.

Terletak di salah sebuah kawasan kediaman yang paling eksklusif di Kota Kinabalu adalah The Peak Vista di Signal Hill.

Antara salah satu siri pembangunan tepi bukit oleh SBC Corporation, yang juga pemaju kepada projek yang dinantikan ramai, Jesselton Quay di Kota Kinabalu, The Peak Vista adalah kondominium tertinggi di bandar raya ini dan menawarkan pemandangan menghadap laut dan pulau-pulau berdekatan yang menakjubkan.

Mereka yang menikmati suasana santai di kediaman menghadap laut pasti menghargai privasi yang ditawarkan oleh lokasinya sementara memperoleh akses mudah ke pusat bandar dan kemudahan lain seperti gedung beli-belah, restoran, sekolah, pusat sukan dan pusat perubatan.

PacifiCity adalah projek pembinaan campuran yang menawarkan gaya hidup bersepadu dengan kediaman mewah yang dilengkapi peralatan berjenama dan kelengkapan ditempah khas, sebuah kediaman dengan kemudahan ala pusat peranginan dan gedung beli-belah gaya hidup perdana untuk kemudahan harian yang terletak tidak jauh.

Dibangunkan oleh Pacific Sanctuary Holdings Sdn Bhd, PacifiCity terletak secara strategik pada sepanjang jalan pesisir yang berpemandangan indah menghadap Laut China Selatan dan di bahagian belakangnya, pemandangan dingin tepi bukit.

The Peak Vista dan PacifiCity terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar raya Kota Kinabalu dan terminal kapal layar antarabangsa Kota Kinabalu, pusat konvensyen dan hotel lima bintang yang tidak lama lagi akan dibina untuk dipersiapkan ke arah merangsang industri pelancongan santai dan perniagaan di Sabah.

Bandar Miri dijangka akan muncul sebagai sebuah bandar yang diberi nafas baru dengan pembinaan Projek Transformasi Waterfront Miri.

The Wharf, adalah sebuah projek suit 18 tingkat yang terletak di tengah-tengah bandar raya Miri sementara bahagian bersepadu pusat komersil waterfront itu hanya terletak 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Miri dan kawasan komersil mapan.

Unit suit yang luas terletak pada aras enam ke atas, dengan kemudahan gaya hidup moden di tingkat lima. Hotel lima bintang itu akan direka dengan menitikberatkan kemewahan dan keselesaan, menawarkan ruang acara moden dan kemudahan bilik mesyuarat, premis makanan dan minuman, pusat kecergasan dan kesihatan, serta ruang istirahat persendirian di tingkat atas.

Hadirlah ke PH Miri Expo 2015 pada 22-24 Mei di Stadium Tertutup Miri dan ketahui lanjut mengenai projek-projek pembinaan ini serta yang lain di Malaysia dan luar negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai PH Expo Miri, layari www.propertyhunter.com.my/expo atau hubungi +60 88 719 787.

ARTIKEL YANG SAMA