Kediaman pengasas Bitcoin kena serbu

Kediaman pengasas Bitcoin kena serbu

SYDNEY, 9 Dis – Kediaman seorang suspek pengasas mata wang digital Bitcoin diserbu oleh polis hari ini selepas menerima permintaan daripada Pejabat percukaian Australia, demikian dilaporkan hari ini.

Polis Persekutuan Australia melaksanakan waran penggeledahan ke atas kediaman Craig Steven Wright pada hari yang sama beliau dikenal pasti sebagai pengasas Bitcoin oleh dua penerbitan teknologi, lapor Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

ABC berkata serbuan itu dipercayai tiada kaitan dengan penerbitan artikel mengenai pengasas Bitcoin itu oleh majalah Wired dan laman sesawang Gizmodo.

Kedua-dua penerbitan berkenaan menyiarkan hari ini apa yang menurut mereka adalah “dokumen” yang bocor dengan membayangkan pakar keselamatan IT Australia itu kemungkinan merupakan pengasas misteri di sebalik Bitcoin, yang diasaskan di bawah nama samaran Satoshi Nakamoto pada 2008. – dpa

Anggota polis Australia berjalan keluar daripada kediaman Craig Steven Wright di utara Sydney selepas melaksanakan waran penggeledahan pada 9 Disember 2015. – Reuters
Anggota polis Australia berjalan keluar daripada kediaman Craig Steven Wright di utara Sydney selepas melaksanakan waran penggeledahan pada 9 Disember 2015. – Reuters