Kedudukan Lukaku terancam

Kedudukan Lukaku terancam

UEFA-Euro-2016-Logo

BORDEAUX, 17 Jun (AFP) – Belgium meneruskan persaingan Euro 2016 dengan pertemuan menentang Republik Ireland esok yang terdesak untuk menebus kekalahan dalam perlawanan pembukaan kepada Itali ketika perdebatan meningkatkan mengenai sama ada Romelu Lukaku seharusnya digugurkan.

Pasukan Marc Wilmots adalah pasukan tangga kedua dalam ranking FIFA dunia tetapi tewas 2-0 kepada Itali dalam persaingan pertama Kumpulan E mereka di Lyon pada Isnin lalu.

Lukaku yang mensia-siakan peluang di depan gawang menyumbang kepada kekalahan dan jurulatih Wilmots menyatakannya, dengan Michy Batshuayi, Divock Origi dan Christian Benteke semuanya menunggu di bahagian sayap, pemain penyerang Everton itu akan menerima padah di Bordeaux.

“Pasti penyerang lain bertugas dengan baik dalam latihan dan mungkin mendapatkan peluang mereka,” kata Wilmots di pangkalan Belgium sebelum mengkritik usaha Lukaku itu.

“Saya mahukan lebih banyak tekanan ke atas pertahanan pasukan lawan. Saya melihat pemain penyerang Romania (Florin Andone) menentang Perancis. Dia bekerja keras bagi pasukan. Ia amat penting.”

Lukaku bukan satu-satunya pemain Belgium dalam barisan pengguguran ketika pemain midfield, Maruane Fellaini dan Radja Nainggolan begitu juga dengan pertahanan, Laurent Ciman juga berisiko digugurkan bagi perlawanan di stadium Matmut Atlantique.

Sama ada kapten pasukan Eden Hazard atau Kevin De Bruyne – yang keduanya kembali dalam latihan selepas mendapatkan kecederaan ketika menentang Itali – akan beraksi dalam peranan tengah di belakang penyerang sementara Dries Mertens dari Napoli, adalah calon untuk beraksi.

Satu perkara yang pasti – Wilmots tidak akan berubah daripada formasi pilihannya 4-2-3-1.

“Anda boleh tewas satu perlawanan, anda boleh tewas dua perlawanan. Saya akan meletakkan semua orang untuk menilai sama ada kami bagus atau tidak, tetapi saya tidak menukar falsafah saya,” tambah jurulatih berusia 47 tahun itu.

ARTIKEL YANG SAMA