Kedudukan Sakho terancam

Kedudukan Sakho terancam

LONDON, 27 Julai – Masa depan Mamadou Sakho di Liverpool sedikit terancam selepas pengurus Jurgen Klopp mengarahkan pertahanan antarabangsa Perancis itu untuk pulang awal daripada jelajah Amerika Syarikat (AS).

Tonggak berusia 26 tahun itu yang terlepas pertemuan akhir Liga Europa gara-gara isu doping dan kemudian digugurkan daripada skuad Euro 2016 Perancis, kononnya pulang untuk mengubati masalah buku lali.

Bagaimanapun, Daily Telegraph mendakwa Klopp membuat keputusan itu kerana kecewa dengan sikap Sakho yang lewat tiba ke lapangan terbang untuk ke AS.

Malah, dia menambah api kemarahan Klopp apabila menyampuk sesi temubual dilakukan pengendali dari Jerman itu ketika lawatan ke penjara Kepulauan Alcatraz.

Kedudukan Sakho di Liverpool mula terancam. – AFP
Kedudukan Sakho di Liverpool mula terancam. – AFP

Dalam video berkenaan Sakho dilihat mengganggu Klopp dan bertanya: “Berapa lama anda fikir anda boleh hidup di sini?”

Pantas Klopp membalas dengan nada yang marah dengan berkata: “Saya tidak perlu berfikir mengenainya.

“Anda yang sepatutnya fikir. Hanya seorang daripada kita tiba lewat di lapangan terbang. Ia adalah anda.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA