Kedudukan VW masih dianggap cemerlang

Kedudukan VW masih dianggap cemerlang

FRANKFURT, 19 Okt – Dua pertiga daripada warga Jerman percaya Volkswagen masih mencipta jenama keretanya yang ‘cemerlang’, walaupun menghadapi dakwaan kes berprofil tinggi berhubung skandal penipuan perisian untuk melepasi ujian emisi yang telah merosakkan imej syarikat tersebut, menurut satu kajian.

Enam puluh lima peratus berkata mereka sama ada sepenuhnya atau sebahagian besarnya bersetuju skandal itu berlaku secara berlebihan dan VW masih membuat kereta terbaik, menurut hasil kaji selidik bebas dalam talian 1,000 orang yang diterbitkan pada hari ini, menurut laporan firma penyelidikan.

Enam daripada 10 berkata mereka tidak percaya label ‘buatan Jerman’ akan rosak oleh skandal dalam jangka masa panjang, dan 63 peratus percaya tuduhan itu tidak lama lagi akan dilupakan. Sesetengah rakyat Jerman telah menyatakan kebimbangan bahawa masalah VW boleh memudaratkan perniagaan lain yang bergantung kepada reputasi negara kerana kebolehan kejuruteraan dan kepercayaannya. – Reuters

Deretan kereta VW yang dianggap masih mengekalkan kecemerlangannya selepas dicemari skandal pen-ipuan perisian untuk melepasi ujian emisi. - Reuters
Deretan kereta VW yang dianggap masih mengekalkan kecemerlangannya selepas dicemari skandal pen-ipuan perisian untuk melepasi ujian emisi. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA