Kedutaan gesa warga Filipina berwaspada di China

Kedutaan gesa warga Filipina berwaspada di China

BEIJING, 12 Julai – Kedutaan Filipina di China telah memberi amaran kepada penduduknya untuk berwaspada terhadap “ancaman” peribadi dan mengelakkan debat politik menjelang tribunal memerintah hari ini berikutan pertikaian pahit di Laut China Selatan.

Manila memfailkan kes dengan tribunal antarabangsa di The Hague pada 2013 mencabar China, yang mendakwa hampir kesemua laut strategik penting, dan juga perairan yang menghampiri persisiran Filipina dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

China yang mana parti kerajaan Komunis menggunakan nasionalisme sebagai sebahagian daripada tuntutan terhadap hak untuk memerintah, menolak untuk turut serta dalam sesi pendengaran dan telah berikrar untuk mengendahkan keputusan hari ini.

Dalam satu e-mel kepada warga Filipina di China, pihak kedutaan memberi amaran kepada mereka untuk “berhati-hati” disebabkan ketegangan menjelang timbang tara itu.

Mereka dinasihatkan untuk “mengelakkan mesyuarat dan perbincangan awam dalam isu-isu politik” dan tidak digalakkan untuk menyertai mana-mana perbincangan atau debat politik “terutamanya dalam rangkaian media sosial,” menurut e-mel yang dilihat oleh AFP.

Kawasan kedutaan Filipina di China dikawal ketat oleh polis negara China. - AFP
Kawasan kedutaan Filipina di China dikawal ketat oleh polis negara China. – AFP

Mereka digesa untuk membawa butiran-butiran pengenalan “setiap masa’ dan melaporkan sebarang ancaman yang diterima kepada pihak kedutaan dan polis China.

Bantahan nasionalis bukan satu kejarangan di China, kadang-kadang nampaknya dengan sokongan tersirat daripada pihak berkuasa.

Penunjuk perasaan Cina membawa bantahan ke bandar-bandar utama selepas Tokyo pada 2012 menjadikan sebuah negara beberapa pulau-pulau yang dipertikaikan yang dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun di Laut China Timur. – AFP