Kedutaan Indonesia bantu SMARTER

Kedutaan Indonesia bantu SMARTER

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Sempena Hari Pendidikan Nasional disambut pada setiap 2 Mei di Indonesia, Kedutaan Republik Indonesia di Negara Brunei Darussalam hari ini mendermakan $1,620 kepada SMARTER.

Sumbangan disampaikan oleh Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar kepada Presiden SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman di Pusat Edge, SMARTER, Kampung Mata-mata.

Selain derma dalam bentuk wang tunai, kedutaan itu juga menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian, permainan, stroller kanak-kanak, kain, barangan elektronik yang diperolehi hasil jualan amal Hari Keluarga yang diadakan baru-baru ini.

Puan Yang Terutama Nurul Qomar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Presiden Smarter Brunei (dua dari kanan).
Puan Yang Terutama Nurul Qomar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Presiden Smarter Brunei (dua dari kanan).
Malai Haji Abdullah memberikan penerangan mengenai fungsi Pusat SMARTER Brunei kepada Puan Yang Terutama.
Malai Haji Abdullah memberikan penerangan mengenai fungsi Pusat SMARTER Brunei kepada Puan Yang Terutama.

Selepas penyampaian sumbangan, Malai Haji Abdullah memberi penerangan mengenai fungsi-fungsi SMARTER Brunei dan lawatan khas ke bilik-bilik kelas di Pusat Smarter Edge.

Ketika ditemu bual, Puan Yang Terutama Nurul Qomar mengatakan austisme perlu diberi perhatian kerana dunia sudah menyedari bahawa individu yang mengalami autisme ini mempunyai potensi yang boleh dikembangkan.

ARTIKEL YANG SAMA