Kedutaan Qatar rai Hari Kebangsaan

Kedutaan Qatar rai Hari Kebangsaan

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

Gambar oleh Fizah HAB

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – Kedutaan Qatar ke Negara Brunei Darussalam, hari ini, mengadakan majlis resepsi sempena Hari Kebangsaan Qatar yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat sebagai wakil bagi kerajaan Negara Brunei Darussalam serta isteri, Pengiran Datin Hajah Jamilah binti Pengiran Haji Mohd Yussof.

Kerajaan Qatar diwakili oleh Duta Besar Qatar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef.

Hubungan diplomatik antara Qatar dan Negara Brunei Darussalam ditubuhkan pada 2008, dan kedua-dua negara telah banyak menandatangani perjanjian kerjasama serta memorandum persefahaman yang telah menjalin hubungan lebih erat dalam pelbagai bidang kerjasama.

Tetamu kehormat (tengah) bersama isteri dan Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef ketika memotong kek Hari Kebangsaan Qatar.
Tetamu kehormat (tengah) bersama isteri dan Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef ketika memotong kek Hari Kebangsaan Qatar.
Tetamu kehormat menerima cenderahati daripada Duta Besar Qatar ke Negara Brunei Darussalam.
Tetamu kehormat menerima cenderahati daripada Duta Besar Qatar ke Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA