Kedutaan Qatar sumbang alat mainan dan terapi

Kedutaan Qatar sumbang alat mainan dan terapi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Kedutaan Besar Qatar di Brunei Darussalam telah menyumbangkan peralatan dan permainan pelbagai sensor bagi troli khas di Wad Haemato-Onkologi Pediatrik, Pusat Perempuan dan Kanak-kanak, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Sehubungan dengan itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Qatar ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef, hari ini, telah berkunjung ke wad berkenaan bagi melihat sendiri sumbangan berkenaan.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital RIPAS, Haji Muhd Jamal bin Haji Tersad; Ketua Unit Kualiti dan Produktiviti Hospital RIPAS, Haji Ali Ahmad bin Haji Said; Ahli Terapi Kanan bagi Pekerjaan, Dayang Tsara’ Nawwarah binti Abdullah Chen, Pakar Onkologi Pediatrik, Dr Hajah Norehan binti Haji Johari serta perwakilan dari Kedutaan Qatar.

Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Kualiti dan Produktiviti Hospital RIPAS, peralatan dan permainan yang disumbangkan termasuk Rotating Project Ball, Dancing Lights with speaker, Disco Lights with speaker, Large Bubble Tube, Bubble Wall with Remote Fish, Jelly Fish Tank, Dancing Water speakers set, Deep space planetarium projector, Mirage Projector Package, Standard Bubble tube, Portable Bubble Tube, Colourful Bubble Tube Fish dan Fibre Optic Lamp.

(Dari kiri ke kanan) Haji Ali Ahmad, Dayang Tsara’ Nawwarah, Haji Muhd Jamal, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef dan Dr Hajah Norehan bergambar ramai semasa lawatan ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak.
(Dari kiri ke kanan) Haji Ali Ahmad, Dayang Tsara’ Nawwarah, Haji Muhd Jamal, Tuan Yang Terutama Saleh Mohammed Al-Nesef dan Dr Hajah Norehan bergambar ramai semasa lawatan ke Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak.
Beberapa peralatan dan permainan pelbagai sensor bagi troli khas itu.
Beberapa peralatan dan permainan pelbagai sensor bagi troli khas itu.

Kenyataan itu menyatakan, unit sensor mudah alih adalah ideal di mana ruang sangat berharga, yang mana ia menukar mana-mana ruang menjadi bilik pelbagai sensor yang menenangkan dan memperkasakan.

Dengan troli, ia boleh dipindah dengan mudah dari bilik ke bilik dan hanya perlu memerlukan satu soket untuk menukar mana-mana bilik dengan bubble tube dan sebagainya.

Ia bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang menenangkan, mengurangkan kebimbangan/kesakitan (fizikal dan emosi), menggalakkan kerjasama den penglibatan, di samping meningkatkan aktiviti terapi fizikal, kognitif dan pembangunan sosial.

ARTIKEL YANG SAMA