Kedutaan Rusia buka Buku Takziah

Kedutaan Rusia buka Buku Takziah

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Susulan tragedi pesawat Rusia 7K9268 terhempas di Sinai, Mesir pada 31 Oktober lalu, Kedutaan Rusia di Negara Brunei Darussalam akan membukakan Buku Takziah esok.

Buku berkenaan akan diletakkan di kedutaan berkenaan yang terletak di No. 8, Simpang 189-41-30, Kampung Manggis 2, Bandar Seri Begawan dan dibukakan dari jam 1 petang hingga 5 petang.

Dalam kejadian itu, pesawat malang jenis Airbus A321 yang dikendalikan oleh Metrojet membawa 214 orang warga Rusia termasuk 25 kanak-kanak dan tujuh orang anak kapal dalam penerbangan dari Sharm el-Sheikh ke St. Petersburg apabila terhempas di kawasan pergunungan Semenanjung Sinai, mengorbankan kesemua penumpangnya.

ARTIKEL YANG SAMA