Kedutaan serah memorandum gesa pembebasan nelayan

Kedutaan serah memorandum gesa pembebasan nelayan

JAKARTA, 22 April – Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia telah menyerahkan memorandum bagi menggesa agar kerajaan Indonesia membebaskan segera bot nelayan Malaysia dan anak kapalnya yang ditahan pihak berkuasa Indonesia pada bulan lepas.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, memorandum itu diserahkan kepada Kementerian Luar Indonesia minggu lepas dan diterima oleh seorang pegawai kanannya.

Pihak kedutaan sedang berusaha untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkuasa kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan perkara itu, katanya kepada Bernama di sini.

Baru-baru ini beberapa bot nelayan Malaysia termasuk SLFA 4625, PKFB 1512 dan KHF 1917 yang dipercayai berada dalam kawasan perairan Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata pihak kementerian telah memulakan usaha bersepadu dan berterusan bagi mendapatkan pembebasan bot nelayan Malaysia dan anak kapalnya yang ditahan pihak berkuasa Indonesia. – Bernama