Kedutaan Turki buka Buku Takziah

Kedutaan Turki buka Buku Takziah

Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Danial Norjidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun Berikutan dengan serangan bom dan tembakan di Lapangan Terbang Atartuk, Istanbul, baru-baru ini, Kedutaan Besar Republik Turki di sini telah membukakan Buku Takziah sejak kelmarin hingga hari ini, di kedutaan berkenaan di Jalan Manggis Satu.

Pada hari ini, Duta Besar Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Fikret Oguz Ates telah menerima kunjungan daripada ahli-ahli Kor Diplomatik di Negara Brunei Darussalam bagi menandatangani Buku Takziah berkenaan.

Antara ahli-ahli Kor Diplomatik yang hadir ialah dari Bangladesh, Rusia, Kanada, Perancis, Jerman, Timor Leste, Laos, Malaysia, Amerika Syarikat dan juga Australia.

Ketika ditemui media baru-baru ini, duta besar berkenaan telah melahirkan rasa kemarahannya terhadap serangan di lapangan terbang tersebut, di mana beliau berpendapat bahawa pengganasan pada masa ini sudah tidak mempunyai batasan, dengan merujuk kepada serangan baru-baru ini di Paris, dan di Bangladesh.

Duta Besar Republik Turki ketika menerima kunjungan daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam dan Duta Besar Rusia ke Negara Brunei Darussalam.
Duta Besar Republik Turki ketika menerima kunjungan daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam dan Duta Besar Rusia ke Negara Brunei Darussalam.
Mohammed Abdul Hye ketika menandatangani Buku Takziah.
Mohammed Abdul Hye ketika menandatangani Buku Takziah.

Fikret Oguz Ates juga berikrar bahawa rakyat dan kerajaan Turki tidak akan tunduk kepada pengganas, dan menyatakan bahawa kehidupan perlu diteruskan walaupun setelah berlakunya tragedi berkenaan.

Beliau juga menyatakan harapan agar serangan berkenaan tidak merubah pandangan orang Brunei terhadap Turki sebagai tempat percutian yang sempurna, sambil menambah bahawa Turki sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan rakyatnya.

ARTIKEL YANG SAMA