Keenakan tumpi Brunei di Bulan Ramadan

Keenakan tumpi Brunei di Bulan Ramadan

Oleh Norizan Murshid

 

RAMADAN yang penuh dengan keberkatan ini amat ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Ramadan boleh dijadikan bulan bagi membersihkan jiwa dan raga dengan kekotoran duniawi.

Ramadan juga boleh dijadikan bulan untuk menurunkan berat badan iaitu dengan cara mengawal pemakanan dan makan makanan yang sihat tanpa lemak. Salah satu menu tempatan yang dirasakan sesuai ialah “Tumpi Brunei”.

Dengan nama 26 Kedai Kopi, ia terletak di kawasan Gadong menawarkan set tumpi berserta minuman panas hanya dengan harga $ 2 sahaja. Kari daging dan kari ayam menjadi pilihan pelanggan. Dua keping tumpi yang lembut dan sedap rasanya sangat berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Difahamkan usahawan kedai kopi ini (usahawan Melayu tempatan) pernah mengalamai jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Kini beliau boleh menarik nafas lega kerana set tumpi beliau mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

26 Kedai Kopi terletak di kawasan Gadong menawarkan set tumpi berserta minuman panas hanya dengan harga $2 sahaja.
26 Kedai Kopi terletak di kawasan Gadong menawarkan set tumpi berserta minuman panas hanya dengan harga $2 sahaja.
Dua keping tumpi yang lembut dan sedap rasanya sangat berbaloi dengan harga yang dikenakan.
Dua keping tumpi yang lembut dan sedap rasanya sangat berbaloi dengan harga yang dikenakan.

ARTIKEL YANG SAMA