Kefahaman ASWJ dikupas

Kefahaman ASWJ dikupas

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Kefahaman mengenai sumbangan dan cabaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dalam Melayu dikupas oleh tiga ahli panel institusi pendidikan tinggi hari ini dalam Acara Bedah Buku Kompilasi terbitan bersama Pusat Penerbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Penerbitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Pentas Utama Pesta Buku, Dewan Serba guna, Stadium Negara Hassanal Bolkiah hari ini.

Tiga ahli panel itu ialah Pengarah Pusat Pengajian Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah KUPU SB, Prof Madya Dr Shamsul Bahri Andli Galigo, Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM, Prof Madya Dr Mohd Yusof Khalid dan Pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM, Prof Madya Dr Asma Abdul Rahman.

Ia diperantarakan oleh Ketua Program Diploma Perguruan Ugama Usuluddin, Haji Azmi bin Haji Omar.

Menurut Prof Madya Dr Shamsul Bahri Andi Galigo, buku Sumbangan dan Cabaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Islam meneliti keaslian dan ketulenan ajaran agama Islam yang dirintis oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan sesuai dijadikan rujukan semua.

Prof Madya Dr Shamsul Bahri Andi Galigo semasa membicarakan buku ‘Sumbangan dan Cabaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Melayu.’
Prof Madya Dr Shamsul Bahri Andi Galigo semasa membicarakan buku ‘Sumbangan dan Cabaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Melayu.’
Antara yang hadir pada majlis itu, kelmarin.
Antara yang hadir pada majlis itu, kelmarin.

Ahli panel juga membicarakan dua tokoh dalam buku itu iaitu Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Yusof yang sepatutnya menjadi rujukan umat Islam sebagai orang yang berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Turut dikupas dalam acara itu ialah buku Pembiayaan dan Pembangunan Wakaf dalam Melestarikan Ekonomi Ummah: Cabaran dan Prospek Masa Hadapan.

Acara Bedah Buku ini bertujuan mempromosi dan memberigakan kepada orang ramai dua buah buku terbaru itu disamping membicarakan isi dan kepentingan serta kelebihan kedua-dua buah buku ini oleh pakar dan ahli akademik.

ARTIKEL YANG SAMA