Kefahaman penderaan seksual kunci kepada pencegahan – NGO

Kefahaman penderaan seksual kunci kepada pencegahan – NGO

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderaan kanak-kanak sangat penting bagi menangani masalah itu, kata setiausaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO), dikenali sebagai projek Layang-Layang, Petra Gimbad.

Beliau berkata orang ramai perlu dididik mengenai bentuk penderaan seksual ke atas kanak-kanak kerana dengan pengetahuan itu membolehkan mereka mengesan sebarang tanda seseorang kanak-kanak itu didera dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Program anjuran Projek Layang-Layang bertujuan untuk memberikan pengetahuan seperti ini kepada para peserta, supaya orang dewasa dan kanak-kanak tahu apa itu jenayah seksual.

“Kerap kali, ibu bapa berasa tidak berdaya apabila anak mereka didera atau didera secara seksual. Projek Layang-Layang ini diwujudkan bagi menyediakan sokongan kepada ibu bapa dan kanak-kanak sedemikian,” katanya kepada Bernama semasa satu forum mengenai ‘Penderaan Kanak-kanak secara Seksual – Apa Yang Anda Lakukan Untuk Menghalangnya’ di sini baru-baru ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA