Kefahaman strategik dalam CSR

Kefahaman strategik dalam CSR

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Kira-kira 20 orang yang terdiri daripada pegawai perhubungan korporat, eksekutif kanan, pengurus sumber tenaga manusia daripada sektor kerajaan dan swasta menyertai bengkel ‘Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)’ yang diadakan selama dua hari, bermula hari ini, di RMS Portview Seafood Restaurant di ibu negara.

Bengkel anjuran CONFEX itu dikendalikan oleh pengarah dan pemilik CSR Work International, Singapura, Rajesh Chhabara yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam sektor swasta dan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan serta 15 tahun dalam sektor perindustrian.

Antara tujuan bengkel diadakan adalah untuk membangun kefahaman strategik dalam CSR serta penggunaannya dalam perniagaan dan pertubuhan di samping menjadikan CSR sebagai kelebihan dalam daya saing serta melengkapkan pekerja dengan asas CSR.

Dalam bengkel itu juga, Rajesh mendedahkan para peserta kepada cara menjana publisiti positif dan peluang melalui media yang beretika serta amalan baik berdasarkan contoh dalam industri bagi tujuan pembelajaran dan peningkatan kemahiran peserta.

Rajesh Chhabara ketika mengendalikan bengkel tersebut.
Rajesh Chhabara ketika mengendalikan bengkel tersebut.
Suasana ketika bengkel itu berlangsung.
Suasana ketika bengkel itu berlangsung.

ARTIKEL YANG SAMA