Keganasan di Thailand ragut tiga jiwa

Keganasan di Thailand ragut tiga jiwa

PATTANI, 25 Julai – Beberapa kejadian tembakan, letupan bom dan serangan khianat berlaku di empat wilayah bergolak di selatan Thai sejak lewat malam tadi, menyebabkan tiga mati dan seorang cedera.

Insiden keganasan itu berlaku beberapa jam sebelum Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-chan melakukan lawatan sehari ke Narathiwat, salah sebuah wilayah bergolak di selatan Thai, hari ini.

“Dua lelaki ditemukan mati ditembak di daerah Mayo, Pattani pada 6 pagi tadi (waktu tempatan) dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif serangan,” kata Ketua Polis Pattani Mej Jen Thanongsak Wangsupa.

Kedua-dua mangsa yang ditembak di bahagian kepala daripada jarak dekat itu dikenali sebagai Abdul Rahman Dollah, 33, dan Matrudin Mollah, 24, katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA