Keganasan harus dibendung – Cameron

Keganasan harus dibendung – Cameron

LONDON, 29 Jun (AFP) – Perdana Menteri Britain David Cameron menyeru bagi lawan balik terhadap keganasan hari ini sebagai tindak balas kejadian tembakan besar-besaran di Tunisia yang telah membunuh sekurang-kurangnya 38 orang termasuk kebanyakan pelancong Britain.

“Sebagai satu kejutan dan kesedihan kita perlu menambah satu perkataan lagi: menangani. Keazamanan yang tidak berbelah. Kita akan berdiri untuk jalan kehidupan kita,” Cameron menulis dalam akhbar Britain Daily Telegraph menyeru untuk “satu tindak balas di dalam dan luar negara”.

“Kita perlu kuat pada berdiri untuk nilai-nilai kita pada keamanan, demokrasi, toleransi dan kebebasan,” tulis Cameron.

“Kita perlu lebih bertoleransi terhadap sikap tidak bertoleransi menolak sesiapa yang membiarkan pandangan naratif pengganas Islam dan mewujudkan keadaan itu untuk berkembang.”

Mangsa Britain mungkin meningkat lebih dari 30 dari jumlah rasmi 15, menurut laporan BBC hari ini.

Perdana Menteri Britain David Cameron menyeru agar satu tindakan lawan balik terhadap keganasan perlu dijalankan. – AFP
Perdana Menteri Britain David Cameron menyeru agar satu tindakan lawan balik terhadap keganasan perlu dijalankan. – AFP

Tiga warga Ireland, seorang Belgium, seorang Portugal dan seorang Jerman juga terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan temabakan di pusat peranginan pantai Scousse pada Jumaat lepas.

Cameron menyeru untuk beberapa usaha terhadap propaganda online oleh kumpulan seperti militan Negara Islam (IS), yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, tetapi juga berkata adanya keperluan untuk memperkukuhkan institusi politik luar negara.

“Kita juga perlu menanganinya pada sumbernya, pada tempat seperti Syria, Iraq dan Libya, dari mana IS menyebarkan dan merancang aktiviti mereka,” tulis Cameron lagi.

Menjalankan serangan sedemikian pada bulan suci Ramadan adalah satu “penghinaan kepada semua Muslim di seluruh dunia,” menurut Cameron.

“Ini bukan satu peperangan di antara Islam dan pihak barat yang IS mahu orang ramai percaya. Ia adalah antara pengganas tersebut mahukan kebencian berkembang dan seluruh dunia yang mahukan kebebasan untuk berjaya.”

ARTIKEL YANG SAMA