Keganasan meletus di Milwaukee

Keganasan meletus di Milwaukee

WASHINGTON, 14 Ogos – Milwaukee berdepan kegelisahan hari ini selepas orang ramai berang mengadakan bantahan di barat tengah bandar AS atas penembakan maut polis, dengan melontarkan batu-batan ke arah pegawai dan membakar bangunan.

Keganasan terbaru muncul selepas beberapa pegawai polis telah disasarkan dan ditembak mati di seluruh negara beberapa minggu di tengah-tengah bantahan berhubung kematian warga Afrika Amerika yang tidak bersenjata, di tangan polis.

Polis berkata mereka cuba untuk menyuraikan khalayak ramai kira-kira 200 pembantah. Tembakan telah dilepaskan di ruang udara.

Salah seorang pegawai telah dimasukkan ke hospital selepas bata dilontarkan ke arah cermin kereta skuad, mengenai kepala pegawai berkenaan.

Para pembantah juga membakar stesen minyak. Jabatan bomba ‘tidak dapat memadamkan kebakaran ketika tembakan senjata telah dilepaskan,” tweet pasukan polis Milwaukee. Sekitar tengah malam, anggota bomba dapat memasuki kawasan berkenaan dan memadamkan kebakaran.

Pihak berkuasa berada berhampiran stesen minyak yang terbakar ketika puluhan orang membantah berikutan penembakan maut seorang lelaki di Milwaukee, pada 13 Ogos. – AP
Pihak berkuasa berada berhampiran stesen minyak yang terbakar ketika puluhan orang membantah berikutan penembakan maut seorang lelaki di Milwaukee, pada 13 Ogos. – AP

Polis berkata khalayak ramai juga memecahkan cermin pada kereta skuad yang tidak dihuni dan membakar yang lain. Kira-kira tiga orang telah ditangkap.

Penembakan awal, yang menyusuli siri kejadian ganas telah melibatkan penguatkuasaan undang-undang beberapa bulan kebelakangan, bermula pada petang, apabila dua pegawai polis telah menghentikan dua suspek dalam kereta yang kemudian melarikan diri.

“Semasa pemburuan itu, salah seorang pegawai telah menembak seorang suspek, yang bersenjata dengan senjata api semi automatik,” yang kemudian mati di tempat kejadian, kata Jabatan Polis Milwaukee dalam satu kenyataan.

Ia menggambarkan suspek yang terbunuh sebagai warga tempatan berusia 23 tahun dengan ‘rekod penangkapan panjang’, menambah bahawa senjata api yang dibawanya itu telah dicuri semasa satu rompakan pada Mac. – AFP