Keganasan meningkat, EU kurangkan kakitangan

Keganasan meningkat, EU kurangkan kakitangan

NAIROBI, 13 Nov (Reuters) – Misi Kesatuan Eropah(EU) di Burundi buat sementara waktu membuat pengurangan kecil kakitangan dan pemindahan keluar anggota keluarga asing disebabkan risiko meningkat keganasan, menurut utusan EU hari ini.

Majlis Keselamatan PBB semalam meminta Setiausaha Agung Ban Ki-moon supaya melapor dalam tempoh 15 hari berhubung pilihan bagi menambah kehadiran PBB di Burundi kerana kebimbangan bahawa keganasan mungkin bertukar menjadi konflik etnik.

“Delegasi akan terus berfungsi seperti biasa,” Duta EU Patrick Spirlet memberitahu Reuters, dengan mengatakan ‘risiko meningkat keganasan’ alasan bagi pengurangan beberapa kakitangan dan membawa keluar anggota keluarga.

Dia tidak menyatakan berapa lama misi dijangka berjalan dengan kakitangan yang dikurangkan. Kedutaan AS telah menghantar kakitangan tidak penting dan anggota keluarga kakitangan keluar pada bulan Mei, tetapi pada 3 November berkata mereka akan kembali. AS masih memberi amaran kepada warganegara AS tentang membuat perjalanan tidak penting ke Burundi.

Burundi, yang bangkit dari perang saudara etnik dalam tahun 2005, telah dilanda krisis politik yang telah mencetuskan rampasan kuasa yang gagal, pembunuhan dan keganasan lain sejak April, apabila Presiden Pierre Nkurunziza berkata beliau akan berusaha mendapatkan penggal ketiga.

Presiden telah memenangi pilihan raya bulan Julai lalu. Pihak pembangkang berkata pengundian penuh dengan penganiayaan dan menuduh presiden mencabuli perlembagaan dan perjanjian damai yang menamatkan perang saudara dengan berusaha mendapatkan tempoh lima tahun lagi sebagai presiden.

Presiden mengatakan perintah mahkamah mengatakan penggal barunya adalah sah.

Majlis Keselamatan 15 anggota sebulat suara membentuk resolusi yang didraf Perancis semalam yang juga menyokong perancangan kontingensi oleh PBB dan Kesatuan Afrika untuk membolehkan respons antarabangsa terhadap sebarang penerusan keganasan di Burundi.

ARTIKEL YANG SAMA