Keganasan pada kanak-kanak perlu dihentikan

Keganasan pada kanak-kanak perlu dihentikan

PHNOM PENH, 31 Mei – Perdana Menteri Kemboja Samdech Techo Hun Sen hari ini menggesa bagi penamatan keganasan ke atas kanak-kanak dan menasihatkan pihak berkuasa supaya memberi perhatian pada hak semua kanak-kanak.

“Adalah penting untuk bekerjasama bagi melindungi kanak-kanak daripada keganasan dan penyalahgunaan dadah kerana isu-isu ini boleh menimbulkan impak serius pada hak asasi kemanusiaan, masyarakat dan kesejahteraan orang ramai, terutamanya kanak-kanak,” kata beliau ketika meraikan Hari Kanak-Kanak 1 Jun.

Diadakan di Grand Theater di Pulau Diamond di sini, acara itu disertai oleh kira-kira 3,000 orang yang terdiri dari para pegawai, Kor Diplomatik, rakan-rakan pembangunan, wakil pertubuhan berkaitan kanak-kanak, guru-guru, murid-murid dan kanak-kanak.

Dianggarkan bahawa negara Asia Tenggara mempunyai 5.48 juta kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun mewakili 41 peratus penduduk negara tersebut. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA