Keganasan penyokong: Konyaspor, Besiktas dihukum

ISTANBUL, 11 Ogos – Pihak berkuasa Turki semalam telah mengarahkan tindakan keselamatan lebih ketat bagi beberapa perlawanan besar dan telah menghukum dua pasukan liga teratas selepas Piala Super dicemari dengan pencerobohan padang dan pergaduhan antara penyokong hujung minggu lepas.

Konyaspor menewaskan Besiktas 2-1 Ahad lepas untuk memenangi Piala Super, perlawanan pembuka tirai bagi pemenang Piala Turki dan Super Lig.

Tetapi perlawanan itu akan lebih diingati lebih kepada pencerobohan padang oleh ribuang penyokong selepas perlawanan, dengan penyokong pesaing bergaduh di seluruh padang.

Pisau juga telah dilontarkan ke padang ketika perlawanan berbaki 10 minit, dalam keadaan mengimbas kembali keganasan penyokong paling teruk pada tahun 1980-an dan 90-an.

Beberapa orang polis anti-rusuhan dan pasukan keselamatan cuba mengawal penyokong bola sepak yang menceroboh padang dalam aksi final Piala Super Turki antara Besiktas dan Konyaspor pada 6 Ogos 2017. Kedua-dua pasukan telah dikenakan hukuman atas insiden  yang memalukan pihak berkuasa bola sepak Turki itu. – AFP

Persekutuan Bola Sepak Turki (TFF) berkata jawatankuasa disiplin telah mengarahkan Konyaspor mengadakan lima perlawanan di gelanggang sendiri dalam keadaan tertutup sebagai hukuman atas peranan penyokong mereka menceroboh padang.

Besiktas telah diarahkan mengadakan satu perlawanan secara tertutup dan pengerusi mereka, Fikret Orman diketepikan haknya di bawah undang-undang TFF selama 45 hari.

Beberapa imej televisyen menunjukkan pasukan keselamatan pada mulanya dibanjiri oleh aliran penyokong yang memasuki padang. – AFP