Kegembiraan berganda untuk anak yatim

Kegembiraan berganda untuk anak yatim

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Sekolah Rendah Anggerek Desa (SRAD) dan Kumpulan Bekas Peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) 1987 telah bergabung untuk menyebarkan kegembiraan berganda kepada anak yatim dan murid sekolah berkenaan yang datang dari keluarga susah dengan menghulurkan derma kepada mereka.

Mula-mula 19 orang murid berkenaan masing-masing menerima hamper berupa makanan asasi, makanan ringan, minuman dan wang tunai sumbangan bekas peserta SSEAYP 1987, orang-orang perseorangan serta keluarga mereka yang disempurnakan penyampaiannya oleh mantan Ketua Kebangsaan SSEAYP 1987, Awang Mohd Noor bin Haji Abdullah.

Kemudian murid yang didaftar di bawah Tabung Kebajikan Pelajar (TKP) SRAD dan Skim Miftahun Najjah (keluarga susah di bawah bantuan Kementerian Pendidikan) menerima “Hamper Ramadan” sumbangan guru-guru dan warga SRAD, yang telah disampaikan oleh Guru Besar SRAD, Hajah Ismah binti Abdul Rahim selaku Penasihat TKP.

Majlis berkebajikan di Dewan SRAD sempena meraikan Ramadan dan Syawal 1436 Hijrah itu telah turut diisi dengan bacaan Tahlil secara beramai-ramai dan Doanya yang dipimpin dan dibacakan oleh Awangku Basri bin Pengiran Haji Hussin.

Sesi bergambar ramai anak yatim dan murid daripada keluarga susah SR Anggerek Desa bersama ibu bapa masing-masing, guru dan bekas peserta SSEAYP 1987.
Sesi bergambar ramai anak yatim dan murid daripada keluarga susah SR Anggerek Desa bersama ibu bapa masing-masing, guru dan bekas peserta SSEAYP 1987.

ARTIKEL YANG SAMA