Kegembiraan bersnorkel bertukar tragedi

Kegembiraan bersnorkel bertukar tragedi

BESUT, 7 Mei (Bernama) – Saat kegembiraan dua orang anak yang menghabiskan cuti bersama ibu mereka dengan melakukan aktiviti bersnorkel di Pulau Perhentian bertukar menjadi tragedi apabila ibu mereka meninggal dunia keranalemas semalam.

Mangsa Sharifah Faridah Syed Jaafar, 47, dari Kampung Raja di sini adalah seorang kakitangan Pejabat Perangkaan Besut dan mangsa disedarilemas oleh anaksulungnya berikutan ibunya itu telah dibawa arus sejauh 50 meter darikawasan tempat mereka bersnorkel.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata ketika kejadian mangsa bersama dua anaknya Nur Fatin Azhar, 25, dan anak bongsunya Muhammad Azhar, 10 serta sembilan lagi rakan anak sulungnya itu melakukan bersnorkel di Shark Point, Pulau Perhentian Besar kira-kira pukul 11 pagi. Katanya ketika sedang asyik bersnorkel, anak sulungnya telah menyedari yang ibunya kian jauh bersnorkel sebelum Nur Fatin bersama rakannya kemudiannya pergi mendapatkan mangsa.

“Apabila sampai, mangsa sudah tidak bergerak lagi dengan bahagian mukanya didapati telah tenggelam di dalam air,” katanya pada sidang media di sini hariini.

ARTIKEL YANG SAMA